Di lautan biru yang luas, Allah SWT menghantar tentera paling comel untuk menjadi penghibur dan penyuntik semangat – sekumpulan ikan lumba-lumba yang berenang bebas mengiringi perjalanan aktivis kemanusiaan.
Kehadiran mereka bukan sekadar kebetulan, tetapi seolah-olah tanda bahawa alam turut menyokong perjuangan suci menentang penindasan.
Simbol kebebasan ini menggambarkan ketenangan, harapan, dan doa bahawa segala urusan akan dipermudahkan.
Di saat dunia menyaksikan kezaliman yang tiada henti, lumba-lumba itu muncul sebagai peringatan bahawa rahmat Allah hadir dalam pelbagai bentuk – kadangkala melalui makhluk paling lembut dan menghiburkan.
Insya’Allah, dengan izin-Nya, segala langkah akan dipermudahkan dan setiap hati yang berjuang akan tetap teguh.
Seperti lumba-lumba yang bebas merentasi lautan tanpa halangan, begitu jugalah kebebasan akan kembali menjadi milik mereka yang kini ditindas. – MYNEWSHUB
#mynewshub


