• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serbuan Polis Israel: Pejabat Menteri Racist May Golan Disiasat, ‘Ladang Ganja’ Ditemui Di Rumah Penasihat

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Serbuan Polis Israel: Pejabat Menteri Racist May Golan Disiasat, ‘Ladang Ganja’ Ditemui Di Rumah Penasihat
Share on FacebookShare on Twitter

MYNEWSHUB | ANTARABANGSA

Serbuan Polis Israel: Pejabat Menteri May Golan Disiasat, ‘Ladang Ganja’ Ditemui di Rumah Penasihat

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Polis Israel melakukan serbuan ke atas pejabat Menteri Kesamarataan Sosial dan Pemerkasaan Wanita, May Golan, di Jerusalem awal minggu ini, susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana awam dan penipuan kewangan.

Menurut laporan Haaretz dan The Jerusalem Post, siasatan dijalankan selepas wujud dakwaan berhubung penyalahgunaan wang pembayar cukai melalui skim pekerjaan palsu dan penyaluran dana ke beberapa pertubuhan bukan untung yang meragukan.

Penasihat Ditahan, ‘Makmal Ganja’ Ditemui

Dalam operasi serentak, Unit Jenayah Kebangsaan Lahav 433 turut menyerbu kediaman salah seorang penasihat kanan Golan di bandar Yavne. Di situ, polis menemui sebuah “ladang ganja” yang ditanam di dalam rumah, yang disifatkan sebagai operasi penghasilan dadah.

Seorang peguam yang pernah bertindak sebagai penasihat kepada Golan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Tekanan Terhadap Kerajaan Netanyahu

Insiden ini menambah tekanan politik terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang kini berdepan siri skandal melibatkan anggota kabinet. May Golan, tokoh muda daripada parti Likud yang sering dilabel sangat racist dan amat membenci rakyat Palestin, setakat ini belum dituduh secara langsung namun siasatan sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Latar Belakang May Golan

May Golan, 38, dilantik sebagai Menteri pada tahun 2023 dan dikenali dengan pendirian tegasnya dalam isu imigresen serta dasar sosial. Kes terbaharu ini bagaimanapun menimbulkan persoalan serius mengenai integriti pentadbirannya.- MYNEWSHUB

Sumber: Haaretz, The Jerusalem Post, Times of Israel, Ynetnews

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/09/V4Vendetta_11_5_20250915__1967663261475803459_1_19676618118612500480.mp4
Share207Tweet130SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd