• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan

oleh Mohd Arshad
03/09/2025
dalam Terkini
0
Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang digantung tugas, Uya Kuya menyatakan beliau reda dengan insiden rumahnya yang dijarah oleh orang ramai, namun hanya meminta agar kucing-kucing peliharaannya dikembalikan.

Beliau sebelum ini terkenal sebagai seorang yang penyayang terhadap haiwan.

Kejadian berlaku apabila rumah Uya Kuya di kawasan Duren Sawit, Jakarta Timur, menjadi sasaran pencerobohan pada malam Sabtu, 30 Ogos 2025.

Pencerobohan itu dipercayai susulan daripada video tarian beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR RI) semasa Sidang Tahunan MPR pada 15 Ogos 2025. Beberapa barangan berharga termasuk koleksi kucing miliknya turut diambil.

Dalam satu panggilan video bersama usahawan Jusuf Hamka, Uya Kuya, yang dilahirkan di Bandung pada 4 April 1975, menegaskan beliau ikhlas dengan insiden itu tetapi mengharapkan kucing-kucingnya dipulangkan.

“Saya ikhlas, yang penting kucing-kucing saya dikembalikan. Itu sahaja,” katanya dipetik dari YouTube Intens Investigasi, pada Rabu.

Uya Kuya merupakan penyampai televisyen yang kemudian menceburi bidang politik dan menjadi anggota DPR RI mewakili parti Parti Amanat Nasional.

Selain itu, Uya Kuya turut mengeluarkan permohonan maaf berhubung insiden yang berlaku dan memohon diberikan peluang kedua. Video permohonan maaf itu dimuat naik di Instagram beliau.

“Saya, Uya Kuya, ingin memohon maaf setulus hati kepada seluruh rakyat Indonesia atas apa yang berlaku beberapa hari lepas, termasuk tindakan saya sama ada disengajakan atau tidak,” katanya dipetik Tribunnews.

Beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam tindakan pada masa hadapan dan berharap diberi peluang membuktikan komitmennya sebagai wakil rakyat.

“Janji saya dari hati yang paling dalam, saya akan lebih berhati-hati dalam bersikap, bertindak dan bersungguh-sungguh mewakili rakyat Indonesia. Beri saya peluang sekali lagi untuk berbuat lebih baik dan lebih berkesan berbanding sebelum ini,” katanya.

-Agensi

Tags: kucingRusuhan IndonesiaUya Kuya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd