• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Arah Segera Baik Pulih IPG Kampus Gaya

oleh Mohd Arshad
19/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PM Arah Segera Baik Pulih IPG Kampus Gaya
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kerja-kerja membaik pulih kerosakan bangunan yang terjejas akibat tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah dipercepatkan.

Perdana Menteri berkata pihaknya juga mahu laporan lebih terperinci daripada Kementerian Pendidikan (KPM) disegerakan.

“Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) telah mengemukakan laporan awal ke Jemaah Menteri Rabu lalu.

“Kita menunggu laporan akhir yang saya minta semuanya segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi tanah runtuh IPG Kampus Gaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap EXCO Agama dan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Perdana Menteri turut menegaskan beliau mahu kerja-kerja membaik pulih dipercepatkan tanpa mengikut proses biasa.

“Saya tidak mahu ikut proses biasa kerosakan (bangunan akibat tanah runtuh) ini bukan proses biasa.

“Kalau kita ikut proses biasa, mahu siapkan jalan (atau) kemudahan (akan ambil masa) terlalu lama.

“Oleh itu, kita sudah minta supaya proses ini dipercepatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata perundingan secara lanjut berkenaan perkara terbabit akan dilakukan bersama kerajaan negeri selepas mendapat laporan penuh.

“Soal prasarana termasuk jalan dan IPG ini satu keutamaan. Kita tunggu laporan daripada (pihak) kejuruteraan sama ada boleh kekal bangunkan semula (bangunan terjejas) di sini.

“Atau pun kita akan runding dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan satu kawasan baharu untuk dibangunkan (semula bangunan IPG Kampus Gaya) dalam tempoh segera,” katanya.

Ditanya mengenai anggaran kos membaik pulih kerosakan, Perdana Menteri berkata anggaran kos belum dikemukakan kepada pihaknya.

Rabu lalu, KPM mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di IPG Kampus Gaya bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

KPM dalam kenyataan memaklumkan beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.

BHonline-

Tags: IPG Kampus Gaya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd