JANGAN TERKEJUT…JIKA SABOTAJ ITU DATANG DARI DALAM FAM SENDIRI...
KES FIFA menghukum FAM hampir pasti sabotaj sebab perlawanan dan pemain-pemain yang dimaksudkan asalnya sudah dibenarkan bermain… tiba-tiba ada tindakan drastik….
**Baca juga di sini
Persoalan sekarang siapa yang melakukan sabotaj?
Pihak luar… mungkin FA Indonesia atau Vietnam atau pasukan lain…puak-puak ni memang tak puas hati dengan kejayaan kita.
Mungkin ejen pemain yang tidak berpuas hati.
Dan jangan lupa….atau terkejut….silap hari sabotaj ini datang DARI PIHAK DALAM FAM sendiri.
Yea…ada kemungkinan juga.
Pihak yang selama ini hidup senang lenang tak buat apa-apa yang bermakna di FAM….mesti rasa kurang senang bila ada pihak yang benar-benar melakukan sesuatu untuk pasukan kebangsaan sehingga mereka sudah tidak boleh cari makan.
Satu perkara jelas: apa yang berlaku hampir pasti bukan kebetulan.
FAM kini berada dalam situasi di mana mereka perlu mempertahankan diri daripada hukuman FIFA yang kelihatan berpunca daripada sabotaj terancang.
Namun, sama ada sabotaj itu datang dari dalam FAM sendiri atau luar negara melalui pesaing dan ejen antarabangsa, persoalan ini masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Masa akan memberikan jawapan akan pihak mana yang terlibat….kita tunggu.
Namun… diharapkan kejadian ini tidak akan menghalang kebangkitan pasukan kebangsaan kita.
Ayuh terus melangkah…..
Jawapan hanya akan ditemui melalui siasatan rapi, bukti konkrit, dan keberanian untuk mendedahkan kebenaran…namun usaha menaikkan kehebatan pasukan Harimau Malaya yang sudah dimulakan dengan baik.. tidak musnah begitu sahaja akibat sabotaj pihak tertentu. – MYNEWSHUB


