• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BUDI RON95 Jimatkan Perbelanjaan – Warga ATM

oleh Mohd Arshad
27/09/2025
dalam Terkini
0
BUDI RON95 Jimatkan Perbelanjaan – Warga ATM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi BUDI RON95 memberi manfaat besar kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menggunakan kenderaan peribadi untuk aktiviti harian selepas menikmati subsidi itu bermula hari ini.

Mereka menyifatkan pelaksanaan itu bakal membantu meringankan beban ekonomi khususnya penggunaan petrol RON95 di luar urusan kerja.

Sarjan Saiezal Fakri yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, berkata harga RON95 bersubsidi RM1.99 seliter diakui memberi perbezaan ketara.

“Saya orang pertama mengambil peluang mengisi penuh minyak menggunakan subsidi BUDI RON95, Alhamdulillah, memang mengurangkan beban kewangan.

“Tadi saya isi minyak motosikal RM5 sehingga penuh tangki sedangkan sebelum ini kena isi sekitar RM6 hingga RM6.50.

“Walaupun baru hari pertama, prosesnya lancar tanpa sebarang masalah,” katanya ketika ditemui BH pada gimik pelancaran pelaksanaan BUDI95 bersama warga ATM di stesen minyak BHPetrol Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad, serta barisan pegawai kanan ATM.

Koperal Mohd Nabhan Zulian menyifatkan skim subsidi menggunakan kad tentera sebagai mudah dan berkesan.

“Ia satu keistimewaan kepada semua lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

Kira-kira 300,000 warga ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak membeli petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.

Program subsidi bersasar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 22 September lalu, akan dilaksanakan secara berperingkat.

Selepas ATM dan polis, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kumpulan B40 akan mula menikmati BUDI RON95 esok, sebelum diperluas kepada 16 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad bermula 30 September ini.

BHonline-

Tags: BUDI RON95
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengamal Media Minta Kuota BUDI RON95 300 Liter, 200 Liter Sebulan Tidak Mencukupi

Pengamal Media Minta Kuota BUDI RON95 300 Liter, 200 Liter Sebulan Tidak Mencukupi

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) meminta kerajaan memberi pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar yang terdiri dalam...

Kurangkan Kuota BUDI95 Demi Kepentingan Rakyat

Kurangkan Kuota BUDI95 Demi Kepentingan Rakyat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan menurunkan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) adalah demi kepentingan masa depan rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd