• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Pertahan Jemput Trump, Malaysia Terus Suarakan Isu Palestin Menerusi Platform ASEAN

oleh Mohd Arshad
27/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Pertahan Jemput Trump, Malaysia Terus Suarakan Isu Palestin Menerusi Platform ASEAN
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara bulan depan.

Anwar berkata, Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Palestin.

Beliau berkata, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi.

Malaysia dihormati dunia

Perdana Menteri berkata, walaupun bukan negara besar, Malaysia tetap dihormati dunia kerana pendirian yang konsisten dalam mempertahankan keadilan serta kebebasan bersuara di pentas antarabangsa.

“Malaysia lantang mempertahankan Palestin, tetapi pada masa sama kita gunakan saluran diplomatik. Kita bebas bersuara kerana kita negara merdeka dan bermaruah. Kita juga mesti pandai berkawan.

“Sebab itu kita kena pandai berunding. Suara kita tetap menyatakan yang benar dan hak tetapi dengan cara bijaksana,” kata beliau pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kompleks APMM Zon Maritim Sandakan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Anwar tempelak kumpulan pertikai hubungan negara dengan AS

Anwar berkata, sikap segelintir pihak yang menolak hubungan dengan Amerika Syarikat menunjukkan mereka tidak mengambil kira kepentingan ekonomi dan negara, khususnya dalam sektor eksport produk berteknologi tinggi.

“Nilai eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat sahaja berbilion ringgit. Puluhan ribu rakyat bekerja dalam sektor itu. Kalau kita tolak bulat-bulat, yang rugi rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun Malaysia sebuah negara kecil, kemampuan pentadbiran selain dasar luar dan corak diplomasi yang jelas dan terbuka telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa dihormati dunia.

Perkara itu, kata beliau jelas terbukti apabila Malaysia menjadi orang tengah dalam konflik serantau, termasuk di sempadan Thailand-Kemboja serta proses peralihan kemerdekaan Timor-Leste.

“Beberapa bulan lepas Presiden Xi Jinping datang, bulan depan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula datang. Mana ada banyak negara kecil dapat layanan begitu. Ini bukti dunia hormat Malaysia.

“Ketika ada konflik di sempadan Thailand-Kemboja, mereka minta Malaysia jadi orang tengah. Begitu juga Timor-Leste, dulu sebahagian daripada Indonesia, kini merdeka dan insya-Allah Oktober ini akan menjadi anggota ASEAN ke-11,” katanya.

Anwar berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Oktober ini bakal menghimpunkan pemimpin dunia termasuk dari Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea serta negara anggota ASEAN.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimDonald TrumpSidang Kemuncak ASEAN Ke-47
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini mengeluarkan sebuah...

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap mana-mana kes dikaitkan dengan bekas kakitangannya walaupun diputuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd