• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

oleh Mohd Arshad
09/09/2025
dalam Jenayah
0
2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai
Share on FacebookShare on Twitter

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di Taman Mewah Jaya di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan pada jam 1 tengah hari itu turut menahan dua lelaki warga India masing-masing berusia antara 30an hingga 40an.

Beliau berkata, serbuan pertama membabitkan sebuah rumah dan pemeriksaan menemui pelbagai jenis minuman keras yang disyaki tanpa cukai kastam disimpan di dalam sebuah bilik.

“Semakan awal mendapati penghuni rumah terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, serbuan kedua dilakukan di premis kedai berhampiran kawasan sama kira-kira jam 2.30 petang.

“Hasil serbuan ini menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai kastam.

“Semua barang rampasan daripada kedua-dua lokasi termasuk rokok dan minuman keras dianggarkan bernilai RM78,971.75 termasuk cukai,” katanya.

Menurutnya, barang rampasan dan suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Siasatan mendapati rokok dan minuman keras yang tidak bercukai ini dijual secara runcit untuk pasaran penduduk sekitar,” katanya.

Rusley berkata, pihaknya terus mempergiatkan risikan dan operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta pengedaran barangan tidak bercukai di kawasan perairan dan daratan sekitar Klang.

-Harian Metro

Tags: arakRokokTahan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

21/11/2025
0

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd