• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

oleh Mohd Arshad
06/08/2025
dalam Terkini
0
Zara Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan video seorang wanita yang mendakwa pelajar berusia 13 tahun itu dimasukkan dalam mesin basuh adalah satu spekulasi.

Dalam kenyataan dikeluarkan, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, ibu Zara, Noraidah Lamat tidak pernah memberi maklumat terbabit kepada mana-mana pihak.

Mereka menggesa wanita yang membuat dakwaan itu untuk menyalurkan maklumat terbabit kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

“Berikutan penularan beberapa video dan gambar berkaitan dengan kes Zara, pertama, kami ingin membuat kenyataan, video seorang wanita menceritakan Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi.

“Penyebaran gambar kronologi yang menggambarkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 jam 8 pagi pada 16 Julai 2025 juga adalah satu spekulasi. Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang dari anak guam kami.

“Kedua, penyebaran gambar pelajar sekolah di platform media massa dan membuat kenyataan yang negatif terhadap mereka adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan wujud dakwaan terbaharu yang berlegar di media sosial, mendakwa kononnya Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga mengalami kecederaan dalaman.

Dakwaan itu tular sejak beberapa hari lalu menerusi pelbagai akaun tidak dikenali di media sosial, antaranya mengaitkan kecederaan Zara dengan tekanan mesin basuh, kononnya digunakan oleh pembunuh untuk menghapuskan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan atau petunjuk daripada pihak berkuasa mengenai kewujudan elemen yang dikaitkan dalam teori terbabit.

Sehubungan itu, kedua-dua peguam berharap penularan pelbagai dakwaan membabitkan kes kematian Allahyarham Zara di semua platform media sosial dihentikan segera.

“Kepada mereka yang telah melakukan penyebaran sedemikian, kami memohon agar memadam video dan gambar terbabit. Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes Zara diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis untuk tujuan siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kes Zara QairinaPeguamSPEKULASI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd