• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

oleh Mohd Arshad
12/08/2025
dalam Terkini
0
Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti ‘anjing kurap’ oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis.

Wanita itu mendakwa anak yang dibesarkan penuh kasih itu sanggup “membuang” dirinya yang juga ibu kandungnya.

Menerusi entri itu, dia turut meluahkan rasa terkilan kerana nasihat agar tidak lupa diri selepas terkenal, langsung tidak diendahkan.

“Saya selalu pesan nanti adik dah terkenal, jangan lupa diri. Rupanya selepas dikenali, terus lupa diri.

“Betul-betul dia buang mak dia. Orang ingat dia bagi duit boleh layan akak macam ini.

“Akak dah macam taraf anjing kurap. Akak bergolok bergadai, jual barang kemas, keluar kereta untuk hidupkan dia dekat Kuala Lumpur.

“Jadi supir (pemandu) tak bergaji, bawak dia ke hulu hilir, dengan harapan bila dia senang, kita boleh tumpang senang mengenangkan kebaikan seorang mak,” luahnya menerusi perkongsian video di Instagram Story (IGs)

Wanita itu turut mendakwa perselisihan faham yang berlaku juga berpunca daripada perasaan tidak puas hati si anak terhadap dirinya.

“Kami bergaduh sebab banyak benda tak puas hati, tapi sampai hina saya macam ini… dia boleh panggil peguam datang keluarkan dia dari kereta, macam saya nak bunuh dia,” katanya dalam nada sebak.

Menurut wanita itu lagi, dia kini berdepan pelbagai tindakan undang-undang termasuk injunksi mahkamah, sehingga reda dengan apa sahaja yang bakal menimpa dirinya.

Malah, dia mendakwa dikunci di dalam kereta sehingga terpaksa menumbuk cermin untuk keluar.

BH Online cuba mendapatkan reaksi daripada aktres berkenaan dan ibunya, namun kedua-duanya tidak memberikan maklum balas.

Sementara itu, pengurusan artis wanita terbabit memaklumkan akan mengumumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

“Apa-apa nanti akan diberitahu,” kata wakil pengurusnya ringkas.

BHonline-

Tags: Ibupelakon
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd