• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi

oleh Mohd Arshad
12/08/2025
dalam Jenayah
0
Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Isteri doktor bersama dua anak lelakinya yang ditahan di Ketereh, Selasa lalu untuk siasatan kes rampasan 35 kilogram (kg) dadah dipercayai ganja mampat dan sepucuk pistol, disambung reman enam hari lagi.

Perintah sambung reman sehingga 18 Ogos terhadap suri rumah berusia 46 tahun, anak lelakinya berusia 23 tahun dan anak tiri lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri berikutan reman sedia ada berakhir esok.

Polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Tiga beranak itu yang ditahan dalam serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan ke sebuah banglo di Ketereh pada jam 4.30 pagi Selasa lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.45 pagi ini dengan memakai baju lokap.

Semalam, media memetik Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya sudah merakam keterangan seorang doktor berhubung penahanan isterinya dan dua anak lelaki mereka bersama dadah dipercayai ganja mampat dianggar seberat 35kg serta sepucuk pistol.

Ketika serbuan Selasa lalu, doktor berusia 60-an itu dalam keterangannya, mendakwa tiada di rumah dan tidak mengetahui kegiatan yang berlaku di kediamannya.

Selain dadah dan pistol jenis Glock, turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah 16 butir peluru dan empat kenderaan, termasuk BMW serta Mercedes Benz dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM420,000.

BHonline-

Tags: kes rampasan dadahreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd