• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kajian Kebolehlaksanaan WCE–Hubungan Selatan Dijangka Siap 16 Disember

oleh Mohd Arshad
05/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Projek Kajian Kebolehlaksanaan WCE–Hubungan Selatan Dijangka Siap 16 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Projek Kajian Kebolehlaksanaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)–Hubungan Selatan sepanjang kira-kira 230 kilometer dari Banting, Selangor ke Gelang Patah di sini, dijangka siap pada 16 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata projek itu ialah inisiatif strategik untuk menyediakan laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

Beliau berkata laluan berkenaan menghubungkan empat negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta membabitkan 11 daerah dan 14 pihak berkuasa tempatan.

“Kajian ini dijadualkan berlangsung dari Jun hingga Disember 2025 dengan laporan akhir dan model trafik dijangka siap pada 16 Disember 2025. Sebanyak tiga sesi Focus Group Discussion (FGD) turut akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.

“Antara daerah yang terlibat di Johor ialah Batu Pahat, Johor Bahru, Muar, Pontian dan Tangkak, menjadikan projek ini sebagai pemangkin kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi serantau,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Mohamad Fazli berkata projek itu dijangka memberikan pelbagai manfaat termasuk pengurangan kesesakan trafik di laluan utama, penjimatan masa perjalanan dan memperkukuh rangkaian logistik serta pelaburan.

“Menjelang 2030, sebanyak 26 peratus trafik dijangka beralih ke laluan baharu ini, sekali gus menjadikan WCE Selatan sebagai satu penyelesaian jangka panjang kepada cabaran mobiliti di wilayah selatan tanah air. Semoga segala urusan kemajuan pembangunan di Johor dipermudah,” katanya.

Bernama-

Tags: Lebuhraya Pantai Barat (WCE)Projek Kajian Kebolehlaksanaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd