• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan ‘Honggaq Kedah’ Bukan Desak Sanusi Undur – Penganjur

oleh Mohd Arshad
03/08/2025
dalam Terkini
0
Perhimpunan ‘Honggaq Kedah’ Bukan Desak Sanusi Undur – Penganjur
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Himpunan ‘Honggaq Kedah’ dijadual berlangsung pada 24 Ogos ini bukan bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebaliknya menjadi medium rakyat menyerahkan memorandum membabitkan 10 isu utama kepada kerajaan negeri.

Pengarah Sekretariat Suara Anak Kedah, Sulaiman Ibrahim, menegaskan himpunan itu dianjurkan sepenuhnya oleh rakyat tanpa pembabitan mana-mana parti politik.

“Kami yang tidak memegang sebarang jawatan politik berhak untuk menegur dan mendesak kerajaan negeri, terutama kepada Datuk Seri Sanusi, agar menyelesaikan masalah rakyat.

“Sebanyak 10 isu utama akan diumumkan pada hari himpunan ketika penyerahan memorandum. Buat masa ini kami tidak akan dedahkan isi kandungannya bagi mengelak ia dipolitikkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Sulaiman, dua daripada isu terbabit mungkin memerlukan campur tangan siasatan bebas termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Kami hanya beri bayangan bahawa sekurang-kurangnya dua isu itu membabitkan saranan kepada kerajaan negeri untuk membabit siasatan bebas atau RCI. Perinciannya hanya akan diumumkan pada 24 Ogos nanti,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa himpunan itu berniat mendesak Muhammad Sanusi meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

“Kami tak mahu dia turun dahulu, kami hanya desak beliau selesaikan isu yang dijanjikan kepada rakyat. Kalau beliau gagal, biarlah rakyat sendiri menilai pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.

“Sekurang-kurangnya dua tahun setengah sebelum PRU16, mereka kena tunai janji yang dibuat kerana kebanyakan isu yang dihebahkan dalam media sosial tidak ada kena mengena dengan isu yang kami nak bawa pada himpunan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman menjelaskan penggunaan nama ‘Honggaq’ diambil daripada dialek Kedah yang membawa maksud ‘menggoncang’.

“Kita bukan nak mencabut (kerajaan) , kita cuma nak goncang supaya mereka sedar dan bertindak.

“Ini bukan serangan peribadi kepada Menteri Besar, tetapi teguran terhadap pentadbiran beliau,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya mematuhi undang-undang serta tidak membawa kanak-kanak atau sebarang objek berbahaya semasa perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman.

Katanya, himpunan itu bukanlah seperti perhimpunan yang bermotifkan politik untuk menjatuhkan pemimpin secara terbuka seperti yang berlaku di peringkat nasional.

“Perbezaan ketara antara ‘Honggaq Kedah’ dan perhimpunan seperti desakan turun Perdana Menteri adalah dari segi tujuan. Kita tidak membawa slogan politik atau menyeru pengunduran Sanusi secara paksa. Kita sekadar menuntut penjelasan serta penyelesaian terhadap isu rakyat.

“Kalau ada ahli parti politik nak datang beri sokongan, itu hak masing-masing tapi kita tidak menggalakkan pembabitan parti secara rasmi,” katanya.

BHonline-

Tags: 'Honggaq Kedah'Sanusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd