• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

oleh Mohd Arshad
03/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti secara berperingkat bermula 1 Ogos ini.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua kementerian, inisiatif yang dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 [P.U.(A) 141/2025] di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dimulakan sejak 1 Mei lalu.

Kenyataan itu memaklumkan pendekatan penguatkuasaan pendidikan telah dilaksanakan sepanjang tempoh tiga bulan pertama yang berakhir pada 31 Julai lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, 842 fasiliti terdiri daripada klinik perubatan, klinik pergigian dan hospital swasta serta farmasi komuniti diperiksa dan majoriti telah melaksanakan inisiatif ini dengan 57 peratus peratus daripadanya mematuhi keperluan pemaparan harga ubat yang memuaskan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, penguatkuasaan akan diteruskan secara berperingkat sejak 1 Ogos dengan pendekatan pendidikan melalui lawatan pemeriksaan serta advokasi selama dua bulan hingga 30 September dan surat peringatan boleh dikeluarkan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Kenyataan itu memaklumkan bermula 1 Oktober ini, kompaun boleh dikeluarkan bagi kesalahan yang berulang sebelum penguatkuasaan penuh pada 1 Januari 2026.

KKM dan KPDN juga mengambil maklum semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh tujuh pertubuhan mewakili pengamal perubatan dan pergigian serta seorang pengamal perubatan swasta berkaitan keabsahan Perintah P.U.(A) 141/2025.

“Namun begitu sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada perintah mahkamah yang mengarahkan penangguhan pelaksanaan atau penguatkuasaan perintah ini.

“Justeru, Perintah P.U.(A) 141/2025 kekal sah dan berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

KKM dan KPDN turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan inisiatif itu secara inklusif, berfasa dan berhemah bagi memastikan manfaatnya dinikmati pengguna selain menyumbang kepada peningkatan ketelusan, akauntabiliti serta kepercayaan dalam sistem kesihatan negara.

Bernama-

Tags: Inisiatif Pemaparan Harga UbatKKMKPDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd