• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Wanita Mati Tergantung Di Kipas, Disyaki Dibunuh

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pelajar Wanita Mati Tergantung Di Kipas, Disyaki Dibunuh
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA: Seorang pelajar wanita sebuah kolej ditemui disahkan mati dibunuh selepas ditemukan tergantung di kipas siling di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1 di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan pada jam 11.55 pagi, memaklumkan seorang wanita berusia 20-an ditemui mati tergantung di kipas.

Katanya, pemanggil yang juga bapa mangsa, menemukan wanita itu di ruang tamu tingkat dua rumah.

“Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi Hospital Serdang.

“Punca kematian disahkan akibat pendarahan di sekeliling hyoid bone (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekik),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun mangsa berada di rumah seorang diri ketika mayatnya ditemui.

Katanya, rumah terbabit adalah milik keluarga dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.

Wan Azlan berkata, kecederaan pada otot dan tulang berpunca akibat dicekik (manual strangulation).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi 03-278627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Zainol Aazizi Abu Bakar 013-3227632.

BHonline-

Tags: meninggalpelajar wanitatergantung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Anak Sungai Di Temenggor

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Anak Sungai Di Temenggor

13/09/2025
0

IPOH: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di anak sungai di kawasan Air Rengat, Temenggor dekat Gerik pagi tadi. Ketua Polis...

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

Ibu Dan Dua Anak Ditemukan Mati Tergantung Pada Kipas

20/02/2024
0

Nilai: Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd