• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan

oleh Mohd Arshad
19/08/2025
dalam Terkini
0
Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyebarkan maklumat palsu menerusi video di TikTok yang mendakwa kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebagai pembunuhan terancang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata pihaknya pada mula mengesan satu hantaran video ditularkan oleh akaun TikTok @berjuanguntukzara.

Menurutnya, semakan mendapati video bertajuk “Pendedahan Penemuan Bukti Bedah Siasat Zara” itu mengandungi audio perbualan penemuan kononnya berkaitan hasil bedah siasat Zara Qairina.

“Video berdurasi dua minit enam saat itu memaparkan kenyataan tidak benar berhubung siasatan kes Zara Qairina kerana menyifatkan kematian pelajar berkenaan sebagai pembunuhan terancang.

“Berikutan itu, tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 18 Ogos jam 10.20 malam. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan dalam kes itu.

“Permohonan reman telah dibuat dan dibenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya

Mengulas lanjut, M Kumar berkata keputusan untuk mengadakan inkues terhadap kes kematian Zara Qairina dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 13 Ogos lalu.

“Justeru, PDRM memberi amaran bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam atau menganggu prosiding mahkamah.

“Masyarakat juga diingatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diakses di media sosial tanpa menentusahkan kesahihannya terlebih dahulu terutama berkaitan isu keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Dalam pada itu, M Kumar berkata pihaknya menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelakkan daripada membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

BHonline-

Tags: lelaki ditahanMaklumat PalsuZara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Tiga Individu Dipercayai Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Tarif Elektrik

MCMC Siasat Tiga Individu Dipercayai Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Tarif Elektrik

01/04/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu. Menurut...

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd