• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly

oleh Mohd Arshad
21/08/2025
dalam Terkini
0
Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dilengkapkan jawatankuasa kepakaran Kementerian Kesihatan (KKM), kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tanpa mendedahkan garis masa proses menyiapkan laporan itu, beliau berkata laporan berkenaan akan dibentangkan kepada jemaah Kabinet kelak.

Beliau berkata laporan itu turut mengambil kira penggunaan kandungan terlarang dalam cecair vape, termasuk dadah.

“It is no longer if we ban, but when will we ban. Ini menjadi isi kepada laporan yang akan diangkat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet.

“Perkara ini saya dah sebut beberapa kali dan saya ulang sekali lagi, langkah seterusnya adalah untuk mengharamkan (vape) yang dicemari (dengan dadah),” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menangani vape berisi dadah yang semakin berleluasa seperti di Singapura.

Dzulkefly berkata selain peranti vape itu sendiri, KKM juga melihat isu itu secara keseluruhan, termasuk kesan seperti vape induced lung injury (EVALI).

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengharaman vape tidak boleh dilakukan serta-merta, berikutan kerajaan telah menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang menetapkan industri vape membuat pendaftaran dan dikawal selia secara sah.

“Jadi wujudnya di bawah undang-undang, iaitu legitimate expectation yang kita tahu jika kita haramkan serta-merta (sedangkan) kita telah bangunkan Akta 852 itu … ,” katanya.

Akta 852 yang diwartakan pada 2 Feb 2024 telah berkuat kuasa serentak bersama Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya pada 1 Okt 2024.

Dzulkefly berkata beliau akan mengusulkan isu vape supaya dimasukkan dalam agenda Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) pada tahun hadapan supaya masalah itu bukan sahaja dapat ditangani pada peringkat nasional tetapi serantau.

Bernama-

Tags: KKMlaporan cadanganpengaharamanvape
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd