• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konstabel Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Terkini
0
Konstabel Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motosikal ditunggang dilanggar pemandu dipercayai dalam keadaan pengaruh alkohol di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 1.01 pagi itu, mangsa Naim Mullah Mohd Affandi,23, yang bertugas di Balai Polis Jalan Campbell di sini cedera parah dan meninggal dunia jam 2.24 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bergerak dari arah Seremban menghala ke Temiang.

“Namun apabila sampai di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Akibatnya, mangsa yang ketika itu dalam tugasan alami cedera parah pada bahagian kepala dan telah dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di zon kecemasan.

Jelasnya, pemandu Perodua Bezza seorang lelaki berusia 26 tahun alami cedera ringan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika kejadian, pemandu terbabit disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Sampel darah telah pun diperoleh dan akan diuji di Jabatan Kimia,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, lelaki tersebut telah direman enam hari bermula pada Isnin untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan

Tambahnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-Sinar Harian

Tags: Konstabel Polispemandu mabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd