• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zara Qairina: Jangan Sebar Gambar Pelajar Didakwa Terbabit Kes Buli

oleh Mohd Arshad
11/08/2025
dalam Terkini
0
Kes Zara Qairina: Jangan Sebar Gambar Pelajar Didakwa Terbabit Kes Buli
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Individu yang berkongsi gambar pelajar yang didakwa terbabit dalam kes buli membabitkan Zara Qairina di media sosial boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Peguam bela dan peguam cara, Dr Mahmud Jumaat berkata, peruntukan berkenaan jelas melarang pendedahan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti kanak-kanak yang terbabit dalam prosiding jenayah atau situasi di luar kawalan, termasuk penyiaran gambar di platform digital.

“Larangan ini bukan sahaja terpakai kepada pihak media arus perdana, malah merangkumi semua pengguna media sosial.

“Guru sendiri tidak dibenarkan memuat naik gambar murid tanpa kebenaran, apatah lagi orang awam yang tiada kaitan langsung dengan kes terbabit.

“Perbuatan ini boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak menyebarkan gambar pelajar di media sosial walaupun dengan alasan memberi kesedaran tetap melanggar undang-undang kerana boleh menjejaskan hak privasi dan masa depan kanak-kanak berkenaan.

Beliau menegaskan, ibu bapa atau pihak sekolah boleh membuat laporan polis sekiranya gambar atau identiti pelajar disebarkan tanpa kebenaran, selain menggesa mereka yang memuat naik gambar supaya memadam kandungan dengan segera.

“Kesedaran masyarakat mengenai perlindungan identiti kanak-kanak masih rendah.

“Setiap individu perlu tahu bahawa undang-undang melindungi semua kanak-kanak daripada pendedahan yang boleh memudaratkan mereka, sama ada daripada segi emosi mahupun reputasi,” katanya.

Kes Zara Qairina sebelum ini mendapat perhatian meluas di media sosial selepas tular rakaman dan gambar membabitkan pelajar sekolah.

Polis sebelum ini memberi amaran bahawa penyebaran gambar atau maklumat tidak tepat berkaitan kes itu boleh diambil tindakan bukan sahaja di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, tetapi juga Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-Harian Metro

Tags: Kes Zara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd