• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Serangan Anak Rafizi: Beri Ruang Pihak Berkuasa Siasat – Dzulkefly

oleh Mohd Arshad
25/08/2025
dalam Terkini
0
Kes Serangan Anak Rafizi: Beri Ruang Pihak Berkuasa Siasat – Dzulkefly
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan termasuk berhubung laporan perubatan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata, kes membabitkan serangan ke atas anak Ahli Parlimen Pandan itu masih di peringkat siasatan.

“Ia adalah satu yang akan memerlukan masa untuk siasatan dan rawatan, kita perlu mengizinkan siasatan itu berada di atas landasannya.

“Kita kena bersabar sedikit untuk mendapatkan satu dapatan dan hasil yang saya yakin adalah dapat mengadili perkara ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Inisiatif ‘Cancer Care Closer to Community’ antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Roche Malaysia di sini, hari ini.

Pada 13 Ogos lalu, Rafizi sebelum ini mengesahkan anaknya diheret dan disuntik dengan jarum suntikan oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Beliau berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal itu mengekori kereta isterinya sebelum serangan berlaku dan percaya serangan itu dirancang lebih awal.

Siasatan kes serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, kini diambil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penyerahan kes itu kepada Bukit Aman selaras keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

-Harian Metro

Tags: Kes Serangan Anak RafiziPIHAK BERKUASA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Isu Syarikat Suami Hannah Yeoh – PM

Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Isu Syarikat Suami Hannah Yeoh – PM

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak Projek Rintis Demand...

Siasatan Pihak Berkuasa Terhadap Najib Tidak Adil – Peguam

Siasatan Pihak Berkuasa Terhadap Najib Tidak Adil – Peguam

07/11/2023
0

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, siasatan pihak berkuasa tidak berlaku adil kepada Datuk Seri Najib Razak kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd