Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

UMNO Lantik Peguam Tuntut...

UMNO mungkin akan ambil tindakan undang-undang bagi tuntut kembali wang tunai RM116.7 juta...

Pelan Anti Rasuah Nasional...

PUTRAJAYA - Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang memperincikan usaha kerajaan menangani...

Warner Turut Berkempen Pupuk...

BAGI menarik orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan...

RM2,312 Purata Gaji Rakyat...

PUTRAJAYA - Purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia meningkat 5.3 peratus kepada...

Siasatan Pihak Berkuasa Terhadap Najib Tidak Adil – Peguam

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, siasatan pihak berkuasa tidak berlaku adil kepada Datuk Seri Najib Razak kerana bekas perdana menteri itu tidak diberi peluang menjejaskan mengapa beliau memindahkan duit dalam akaunnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Melalui dokumen aliran jejak wang dalam akaun bank Najib yang dikemukakan mahkamah, menunjukkan pemindahan RM150 juta dan RM12 juta masing-masing pada 27 Ogos dan 30 Ogos 2013 daripada akaun Bank AmIslamic miliknya dengan nombor akaun berakhir 694 kepada satu lagi akaun di bank sama yang berakhir 880.

Dalam prosiding hari ini, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan situasi itu tidak masuk akal apabila tindakan anak guamnya itu dianggap sebagai pengubahan wang haram sedangkan pemindahan berlaku antara akaunnya sendiri dan tidak membabitkan pihak ketiga.

Muhammad Shafee mempersoalkan bagaimana tindakan itu boleh dianggap sebagai mengelirukan dan samaran sumber asal daripada agensi penguatkuasaan di bawah definisi sebenar transaksi pengubahan wang haram, sedangkan ia membabitkan akaun dalam bank sama.

Peguam itu menegaskan, Najib sudah tentu tidak akan menyembunyikan dana dalam akaunnya yang lain jika hendak mengelirukan pihak berkuasa.

Menjawab persoalan itu, saksi ke-48 pendakwaan, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min menjelaskan selagi tindakan memindahkan wang lain ke akaun sama, ia dianggap kesalahan di bawah undang-undang pengubahan wang haram kerana cuba mengelirukan pihak berkuasa.

Foo berkata, dari segi siasatan, ia dianggap sebagai ‘meletakkan wang’ iaitu proses cubaan mengelirukan serta samaran dalam istilah ‘transaksi’ bagi kesalahan pengubahan wang haram.’

Muhammad Shafee turut mempersoalkan mengapa siasatan merumuskan Najib membelanjakan wang haram sedangkan terdapat transaksi menunjukkan wang sudah dikembalikan kepada Tanore Financial Corp (syarikat milik Tan Kim Loong yang dikatakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho).


Foo menjelaskan, ketika siasatan, perbuatan itu dianggap sebagai salah satu kesalahan pengubahan wang haram (AMLA) iaitu menggunakan hasil dana perolehan wang haram berdasarkan kepada akta AMLA.

Sementara itu, saksi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Najib tidak diberi peluang menjelaskan mengapa beliau memindahkan dana ke akaunnya yang lain dan tidak diberitahu bahawa tindakan itu adalah satu kesalahan, ketika siasatan.

Apabila dicadangkan bahawa ia menyebabkan ketidakadilan berlaku ke atas tertuduh, saksi itu berkata beliau tidak boleh menjawab bagi pihak Najib.

Ketika ditanya mengenai bagaimana Najib menggunakan ‘wang haram’ daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saksi bersetuju dengan soalan Muhammad Shafee bahawa transaksi wang daripada akaun Najib menunjukkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik dan tanggungjawab sosial korporat.

Foo juga bersetuju wang itu bukan digunakan untuk tujuan peribadi termasuk membeli kapal layar mewah.

Saksi itu memberikan keterangan terhadap Najib, 70 yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori