• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Cadangan Naikkan Cukai Tembakau – Anwar

oleh Mohd Arshad
07/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pertimbang Cadangan Naikkan Cukai Tembakau – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan supaya kadar cukai tembakau dinaikkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras dengan kempen anti-merokok yang dijalankan kerajaan.

“Saya setuju dengan semangat ini, bukan kerana saya tidak merokok, tetapi kerana adanya kempen anti-merokok,” katanya kepada selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2026, di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan kerajaan menaikkan kadar cukai tembakau dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Ketika ini, kadar cukai tembakau pada paras 58.6 peratus, manakala Malaysia masih belum mempunyai mekanisma penyesuaian yang tetap untuk penilaian semula cukai tembakau secara berkala.

Sebelum ini ada cadangan untuk kadar cukai tembakau dinaikkan antara 60 hingga 75 peratus.

Anwar pada pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) minggu lalu, memaklumkan kerajaan akan memperluaskan cukai ‘pro-kesihatan’ dengan menyertakan tembakau, vape dan alkohol.

Beliau dilaporkan berkata, perluasan cukai itu bukan saja meningkatkan pendapatan kerajaan, sebaliknya untuk menggalakkan perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya cadangan bekas Menteri Ekonomi, DatuK Seri Rafizi Ramli supaya had usia tamat persekolahan diturunkan ke umur 16 tahun, berkata masih terlalu awal untuk ia diumumkan dan memerlukan perbincangan terperinci.

Pada Isnin lalu, Rafizi mencadangkan kepada kerajaan untuk menetapkan umur berakhir persekolahan pada usia 16 tahun, selain berpandangan ia memberi peluang golongan itu menyertai dunia pekerjaan pada usia lebih muda.

“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua.

“Selain itu, anak-anak dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun,” katanya ketika menyertai perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat.

BHonline-

Tags: cukai tembakauRMK13
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd