• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Salah Pamer Jalur Gemilang Diteliti Secara Profesional, Bertanggungjawab – Menteri

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Terkini
0
Insiden Salah Pamer Jalur Gemilang Diteliti Secara Profesional, Bertanggungjawab – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebarang insiden berkaitan kesalahan mempamerkan Jalur Gemilang akan diteliti oleh pihak polis secara profesional dan bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati wujud unsur berniat jahat, tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya terhadap pihak terlibat termasuk di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 atau Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Kalau ada kesalahan, buat aduan polis siasat (kerana) kalau dengan niat jahat, kita akan dakwa… tetapi kalau kita menggembar-gemburkan sampai memancing keresahan, itu tak bagus dalam suasana negara kita macam ini.

“Bila berlaku pelanggaran undang-undang yang jelas, percayalah bahawa polis akan laksanakan tugas dengan bertanggungjawab demi memastikan negara kekal aman dan terjaga,” katanya pada sesi penerangan menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Justeru, beliau mahu semua pihak memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, sama ada dalam kalangan rakyat, pemimpin politik mahupun masyarakat sivil.

Mengenai isu ancaman keselamatan terhadap negara, Saifuddin Nasution berkata badan penguatkuasaan dan pertahanan negara terus meningkatkan tahap keselamatan berikutan negara masih menjadi pangkalan penyusupan termasuk dari ejen Mossad dan Israel.

Beliau berkata tindakan pantas badan penguatkuasaan telah berjaya menangkap individu serta pihak yang mempunyai atau terlibat dengan elemen keganasan termasuk rakyat tempatan.

“… ada warga tempatan, pelajar, penjawat awam, individu perseorangan kita tangkap, kita bawa ke muka pengadilan, ada yang sedang dibicarakan, ada yang direman dan beberapa bulan lepas juga kita tangkap lagi sel-sel keganasan walaupun melibatkan warga asing dari Bangladesh.

“Ancaman keselamatan negara masih wujud di keliling kita. Fahaman pelampau seperti militan, pengganas, kumpulan radikal wujud, penyusupan oleh ejen-ejen asing wujud. Saya sebut ini berdasarkan kepada fakta,” katanya.

Sementara itu, berhubung insiden serangan terhadap anak kepada bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution berkata ketika ini pihak polis terus menyediakan sokongan keselamatan kepada keluarga Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata tahap kesihatan anak Rafizi juga kini dalam pemerhatian lanjut doktor dan pihak hospital.

“Dalam aspek keselamatan, polis akan berikan sokongan (keselamatan) sedaya-upaya… dan ini juga supaya tidak timbul persepsi di luar, kalau kes libat anak menteri, polis cepat beri dukungan, orang biasa tidak pula (lambat bertindak),” katanya ketika menggulung sesi penerangan itu selepas dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu sesi penerangan oleh Saifuddin Nasution itu berlangsung selama hampir 30 minit selepas tamat sesi soal jawab dan sesi berkenaan dibahaskan oleh Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bahru), Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota), Syahredzan Johan (PH-Bangi) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar).

Beliau berkata penjelasan lanjut berhubung persoalan serta isu yang dibangkitkan pada sesi itu akan diperjelaskan dalam penggulungan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementerian terbabit.

–BERNAMA

Tags: Insiden Salah Pamer Jalur Gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd