JOHOR BAHRU – DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bertitah bahawa gejala buli perlu dibendung segera dengan pelaksanaan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat.
Baginda menegaskan, usaha tersebut penting bagi memastikan setiap institusi pendidikan kekal sebagai kawasan yang selamat untuk kanak-kanak.
Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail berkenan melawat mangsa buli, Izzul Islam Azuan Isaid, 10, yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Difahamkan, mangsa mengalami gegaran otak yang menjejaskan kehidupannya akibat insiden tersebut.
Turut berangkat bersama ialah DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.

Keberangkatan Baginda turut diiringi Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi; YB Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; serta pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi.
Titah Pemangku Sultan Johor ini sekaligus mencerminkan keprihatinan institusi diraja terhadap isu keselamatan murid dan pelajar, selain menzahirkan komitmen untuk memastikan budaya buli tidak lagi menular di sekolah-sekolah.

Mynewshub-


