• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

oleh Mohd Arshad
05/08/2025
dalam Politik
0
Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini ‘panas’ dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan.

Pertikaman lidah tercetus ketika Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) gara-gara perkataan ‘rampasan cukai’ dan ‘rompakan di siang hari’ yang digunakannya berkait isu sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perkataan digunakan Presiden MCA itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Chong Zhemin (PH-Kampar) yang bangun dan menyuarakan Aturan Mesyuarat 36(12) bahawa mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan disifatkan sebagai menghina majlis.

Zhemin berkata, contoh isu yang dibawa oleh Ka Siong itu telah dibuat keputusan oleh pihak mahkamah

“Tadi Ayer Hitam kata ini satu rompakan cukai, ini tidak betul. Ini keputusan mahkamah,” katanya.

Ka Siong kemudian membantah apa dinyatakan oleh Zhemin, sambil menyatakan wakil rakyat daripada DAP itu bukan seorang menteri dan memintanya tidak mengganggu beliau berbahas.

“Hormati saya sebagai wakil rakyat, saya nak habiskan ucapan saya. Itu sahaja. Yang menjawab ialah menteri, bukannya yang nak berlagak sebagai menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Zhemin berkata, pihaknya boleh bangkit mempersoalkan perkataan dan contoh isu dibawakan Ka Siong yang didakwanya sebagai mengelirukan dewan.

Beliau turut meminta Ka Siong menarik balik perkataan ‘rompakan’ cukai digunakan itu yang disifatkannya sebagai tidak betul.

Ka Siong kemudian menyatakan Zhemin boleh membuat usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“YB (Zhemin) boleh buat usul, saya sudah lali dengan perkara ini. Taktik dan berkali saya berucap, dia kacau saya. YB boleh rujuk balik kepada hansard apa yang saya cakap,” kata Ka Siong.

Pertikaman lidah yang berpanjangan itu memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, untuk campur tangan.

“YB Kampar boleh tulis usul kepada Speaker (Johari). Selepas itu, Speaker akan minta Ayer Hitam untuk membuat penjelasan,” katanya.

BHonline-

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd