• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Jenayah
0
Bapa Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu: Penjaga masjid (siak) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya di sebuah rumah di Kuala Krai pada Ogos 2020.

Tertuduh berusia 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rogol terhadap mangsa yang berusia 13 tahun ketika kejadian yang mana hubungan lelaki dan perempuan tidak dibenarkan mengikut hukum agama dan tidak layak berkahwin.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai jam kira-kira 10 malam pada 25 Ogos 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Taufikrullah Rusli.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan serius dan mangsa adalah anak kandung tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 September sebagai tarikh sebulan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

-Harian Metro

Tags: kes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd