• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMANAH Kenal Pasti Kawasan Berpotensi, Sedia Letak Calon Untuk PRN Sabah

oleh Mohd Arshad
31/08/2025
dalam Politik
0
AMANAH Kenal Pasti Kawasan Berpotensi, Sedia Letak Calon Untuk PRN Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT: Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah mengenal pasti kawasan berpotensi untuk ditandingi selain bersedia meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata biarpun tarikh rasmi PRN masih belum diumumkan, namun partinya membuat persiapan awal termasuk memilih calon berpotensi untuk bertanding.

“Insya-Allah, kita dah bersedia, tambahan pula AMANAH mempunyai ramai calon berpotensi, namun kita akan melakukan saringan bagi memastikan hanya calon yang benar-benar berwibawa dan boleh menang diketengahkan.

“Prinsip kita jelas iaitu ‘winnable seat, winnable candidate’.

“AMANAH dijangka bertanding sehingga lima kerusi, namun jumlah sebenar masih dalam rundingan bersama rakan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Gelombang Samudera Madani sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Pantai Sri Tujoh, di sini, hari ini.

Muhammad Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, berkata kerjasama erat sedang dibentuk bersama rakan-rakan dalam kerajaan dengan matlamat untuk memastikan kemenangan pasukan perpaduan, sekali gus mengekalkan kestabilan kerajaan di Sabah.

“Fokus utama AMANAH bukan sekadar bertanding tetapi memastikan setiap kerusi ditandingi mampu memberi sumbangan kepada pembentukan kerajaan negeri yang stabil.

“Kita juga akan memastikan kemenangan bukan saja untuk AMANAH, tetapi juga untuk gabungan kerajaan dan rakyat Sabah mendapat kerajaan yang stabil serta mampu mengangkat suara mereka.

“Rakyat Sabah diminta memberi sokongan kepada calon yang akan diketengahkan, sambil menegaskan bahawa AMANAH sentiasa komited memperjuangkan isu-isu rakyat termasuk soal ekonomi, pendidikan dan kebajikan masyarakat,” katanya.

BHonline-

Tags: AmanahPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd