• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan.

Amirudin berkata, fokus ketika ini adalah supaya Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan meneliti laporan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights dan mencadangkan langkah tertentu kepada kerajaan negeri.

“Realitinya, (siasatan) dilakukan dengan penuh bebas tanpa ada campur tangan kerajaan negeri. Jadi, (jika) ada satu pihak yang mempertikaikan, tidak semestinya kita anggap itu sebagai laporan yang tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini hari ini.

Amirudin berkata, laporan penuh siasatan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights itu akan dibuka untuk semakan umum selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.

“Siasatan itu akan saya awamkan nanti selepas mendapat kebenaran dan mereka (mana-mana pihak) boleh semak dan kenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan (dalam laporan), di situ ada gambaran pihak yang bertanggungjawab ataupun penjelasan.

“Kita tidak bolehlah anggap semua benda ini (kononnya) ada orang yang mengganggunya. Persepsi (sebegitu) tidak boleh kerana perlu dibuktikan secara tepat dan dibuktikan secara saintifik,” katanya.

Beliau berkata pihaknya, memberikan ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan termasuk memanggil saksi seperti pemaju, pengawal keselamatan dan pengendali jengkaut.

“(Ketika ini) siasatan pihak polis tidak mendapati sebarang kecuaian dan tindakan-tindakan khianat,” katanya.

Amirudin sebelum ini berkata, Selangor akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi meneliti laporan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April, dan merangka langkah jangka panjang, di samping mencadangkan peraturan-peraturan baharu dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Semalam, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tidak berpuas hati dengan klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA) bagi insiden letupan paip gas di Putra Heights dan mendesak siasatan disemak semula.

Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights sebagai NFA susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat.

Insiden kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Bernama-

Tags: Insiden Putra HeightsMB Selangorsiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam...

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd