• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekat Kenderaan Di Lebuh Raya: Polis Tahan Suspek Ejen Tarik Kereta, Buka 3 Kertas Siasatan

oleh Mohd Arshad
03/07/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sekat Kenderaan Di Lebuh Raya: Polis Tahan Suspek Ejen Tarik Kereta, Buka 3 Kertas Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU: Polis membuka tiga kertas siasatan dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik sebuah daripada tiga kereta yang berhenti melintang untuk menghalang laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Sebelah Pedas Linggi sebagaimana dipaparkan dalam rakaman video tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain, berkata suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar Seremban kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Kami sedang memburu suspek lain yang masih bebas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah ejen tarik kereta. Mereka dipercayai menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta.

“Mereka dikatakan tahan (menghalang laluan) sekejap saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam, yang membawa hukuman penjara hingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Selain itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu hingga 12 bulan,” katanya.

Hasani menegaskan pihak polis memandang serius sebarang tindakan mengganggu kelancaran trafik.

“Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutama di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.

“Tindakan sedemikian bukan saja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak, melalui talian 010-5825384; Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim (019-7992519); atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau (06-6851999).

BHonline-

Tags: ejen tarik keretasekat kenderaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

Next Post

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Related Posts

No Content Available
Next Post
Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd