• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prosiding Mahkamah Bertukar Majlis Perpisahan, 4 Peguam Ucap Selamat Tinggal Kepada Tengku Maimun

oleh Mohd Arshad
01/07/2025
dalam Terkini
0
Prosiding Mahkamah Bertukar Majlis Perpisahan, 4 Peguam Ucap Selamat Tinggal Kepada Tengku Maimun
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Prosiding di Mahkamah Persekutuan hari ini bertukar menjadi majlis perpisahan apabila beberapa peguam bangkit mengucapkan selamat tinggal kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain Tengku Maimun yang juga wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara yang akan menamatkan perkhidmatannya kerana mencapai umur persaraan wajib, ucapan selamat tinggal turut diajukan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang akan tamat perkhidmatan Khamis.

Peguam Anand Raj bagi pihak Majlis Peguam Malaysia menyampaikan ucapan perpisahan sebagai tanda penghormatan kepada kepimpinan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara yang luar biasa.

“Hari ini kita bukan sekadar menyaksikan tamatnya perkhidmatan seorang Ketua Hakim Negara, tetapi juga meraikan legasi luar biasa yang telah mengubah wajah kehakiman Malaysia secara menyeluruh.

“Tun (Tengku Maimun) bukan sahaja Ketua Hakim wanita pertama dalam sejarah negara, malah telah memperkukuhkan kembali maruah badan kehakiman yang pernah tercalar akibat krisis kehakiman 1988.

“Kepimpinan beliau telah memulihkan keyakinan awam terhadap institusi ini dan meletakkannya setaraf dengan kehakiman terbaik di Komanwel,” katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Peguam Negara.

Turut menyampaikan penghargaan, peguam kanan Datuk Gurdial Singh Nijar yang menyifatkan Tengku Maimun sebagai tokoh yang memartabatkan kebebasan kehakiman, terutama ketika institusi itu berdepan tekanan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau bukanlah cubaan mempolitikkan institusi kehakiman, sebaliknya ia lahir daripada rasa hormat terhadap mutu penghakiman beliau yang menepati standard antarabangsa,” katanya.

Peguam Lim Wei Jiet pula menyifatkan Tengku Maimun sumber inspirasi kepada generasi baharu dalam bidang perundangan.

“Kesetiaan Tun (Tengku Maimun) terhadap Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan doktrin pengasingan kuasa telah mencetuskan semula kebangkitan semangat perundangan di negara ini,” katanya.

Peguam Raja Eileen Soraya Raja Aman yang turut hadir di galeri awam, bangkit berdiri secara spontan.

“Tolonglah tinggalkan pejabat dengan ‘heads high’ kerana anda telah membolehkan kami juga untuk mendongak dengan bangga,” katanya.

Selepas empat peguam terbabit bangkit menyampaikan ucapan selamat tinggal itu, Tengku Maimun menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam Malaysia dalam satu ucapan ringkas pada hari terakhir beliau itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda atas kata-kata anda, Majlis Peguam Malaysia sentiasa berdiri di belakang kami, (dan) kami menghargai sokongan anda.

“Semua sokongan diberikan oleh anda dalam masa mencabar yang kita hadapi, apabila badan kehakiman diserang. Kita boleh katakan kita telah dipertahankan oleh Majlis Peguam Malaysia dan beberapa badan serta individu lain.

“Untuk itu, saya bersyukur. Terima kasih atas semua ucapan yang baik. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli majlis peguam semoga anda berjaya dalam semua usaha anda. Terima kasih, mahkamah ditangguhkan,” katanya yang turut mewakili Abang Iskandar.

BHonline-

Tags: Peguamprosiding mahkamahTun Tengku Maimun Tuan Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd