• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan

oleh Mohd Arshad
16/07/2025
dalam Terkini
0
Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis memanggil semua individu yang menghadiri program eHati di sebuah pusat konvensyen di sini untuk tampil memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 50 peserta yang terlibat dalam program motivasi rumah tangga berkenaan yang berlangsung pada September lalu.

Beliau berkata, peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk mereka yang datang dari luar Selangor seperti Kedah.

“Kita sudah ada senarai nama dan menyeru semua yang terlibat supaya tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk dirakam percakapan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melakukan tangkapan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 30 individu termasuk penganjur dan peserta program telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang pengguna Facebook yang mendakwa berlaku pelbagai aktiviti mencurigakan dalam program tersebut yang dianjurkan sepasang suami isteri.

Antara dakwaan yang timbul termasuk dua wanita melakukan tarian bogel di atas pentas ketika program berlangsung.

Program berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan tujuan sebenar dan pengisian program terbabit.

SinarHarian-

Tags: pesertaprogram eHatisenarai nama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Strok Haba: 2 Peserta Kursus Pegawai tempur Di ICU Sudah Sedarkan Diri

16/10/2023
0

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram yang mengalami...

Peserta Perhimpunan Langgar Undang-Undang – Hamzah

22/01/2022
0

LARUT : Tindakan para peserta Perhimpunan Tangkap Azam Baki yang diadakan sekitar ibu negara hari ini melanggar undang-undang. Menteri Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd