• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

oleh Mohd Arshad
21/07/2025
dalam Terkini
0
‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan imej serta kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat, berkata penjawat awam perlu terus memberi keutamaan kepada tanggungjawab mereka iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa dipengaruhi sebarang agenda yang boleh menjejaskan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

“Penjawat awam tunjang kestabilan pentadbiran negara dan perlu sentiasa menunjukkan sikap profesional, berintegriti serta memelihara tatasusila dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Sebagai jentera pelaksana dasar kerajaan, penjawat awam perlu mendukung sepenuhnya prinsip Rukun Negara terutama Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, himpunan dianjurkan pihaknya dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini akan dihadiri 300,000 orang.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya menjangka antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai himpunan itu.

Beliau berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman mengenai himpunan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan, selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.

Adnan berkata, sebarang tindakan menyimpang daripada prinsip berkenaan bukan saja mencemarkan nama baik perkhidmatan awam, malah boleh mengganggu kelangsungan sistem pentadbiran negara.

“Semua penjawat awam digesa kekal fokus kepada amanah diberikan dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi atau aktiviti yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam di mata rakyat,” katanya.

BHonline-

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd