• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gagal Bantah Peguam Negara Merayu Kes Titah Adendum

oleh Mohd Arshad
01/07/2025
dalam Terkini
0
Najib Gagal Bantah Peguam Negara Merayu Kes Titah Adendum
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap rayuan Peguam Negara dalam kes semakan kehakiman bekas perdana menteri itu berhubung Titah Adendum.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan SriHasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah menolak bantahan itu secara sebulat suara.

Sehubungan itu, panel menetapkan esok untuk mendengar rayuan Peguam Negara yang mengemukakan tujuh persoalan bagi diputuskan mahkamah tettinggi negara itu.

Hasnah yang membacakan keputusan panel berkata, tiga persoalan pertama yang dibangkitkan Peguam Negara iaitu berkaitan mengemukakanketerangan baharu, adalah isu undang-undang yang baharu dan memerlukan pertimbangan lanjut oleh mahkamah itu.

Beliau berkata, bagi persoalan keempat hingga keenam pula, adalah berkaitan peranan Peguam Negara, khususnya mengenai kegagalan untuk memfailkan afidavit jawapan pada peringkat permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman.

Katanya, responden (Najib) juga menghujahkan bahawa persoalan keempat hingga keenam adalahcubaan Peguam Negara untuk mengelak daripada tanggungjawab yang dikenakan ke atas pihak berkuasa awam atau Peguam Negara dalam prosiding semakan kehakiman.

“Kami khuatir sama ada tanggungjawab sedemikian boleh dikenakan ke atas Peguam Negara pada peringkat awal prosiding semakan kehakiman. Persoalan ketujuh pula berkaitan isu sama ada ia boleh didengar dan diputuskan mahkamah telah ditangani oleh Mahkamah Tinggi.

“Isu sama ada Titah Adendum itu adalah perkara subjek yang boleh disemak oleh mahkamah ini juga adalah berkaitan dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (kuasa untuk memberi pengampunan).

“Oleh itu, kami berpendapat bahawa semua persoalan yang dikemukakan oleh Peguam Negara bukan bersifat akademik atau hipotesis. Persoalan ini adalah relevan dengan Artikel 42.

“Maka dengan ini, kami sebulat suara menolak bantahan awal oleh responden (Najib),” katanya

Pada prosiding itu, Najib diwakili Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bertindak bagi pihak kerajaan selaku perayu.

Peguam Negara berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu pada 28 April lalu, dan mahkamah menetapkan selama dua hari bermula hari ini untuk mendengar rayuan berkenaan.

Rayuan Peguam Negara adalah susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu, yang membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Ia bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel dalam keputusan April lalu turut membenarkan Peguam Negara merayu keputusan berhubung notis usul Najib bagi mengemukakan keterangan baharu atau tambahan bertarikh 3 Disember tahun lalu.

Keterangan baharu itu membabitkan afidavit anak Najib, Datuk Mohd Nizar yang memasukkan sesalinan Titah Adendum yang diterimanya dari Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, namun dilarang daripada menggunakan surat itu tanpa perkenan Sultan Pahang.

Menurut Mahkamah Persekutuan ketika memberikan kebenaran kepada Peguam Negara untuk merayu, tujuh persoalan undang-undang yang dikemukakan bersama-sama dalam permohonan itu adalah isu baharu yang belum pernah didengar dan menyentuh isu kepentingan awam.

Ia berkata, soalan yang dikemukakan adalah novel (baharu) dan penting kepada kepentingan awam, serta wajar dihujahkan lebih lanjut, yang berkaitan prinsip mengemukakan keterangan baharu dalam prosiding semakan kehakiman.

Persoalan itu juga berkaitan peranan Peguam Negara dalam prosiding semakan kehakiman, iaitu sama ada beliau mempunyai kewajipan mengesahkan dan mengemukakan dokumen yang dipertikai, dan sama ada beliau perlu mempertahankan atau mengesahkan keterangan di peringkat awal prosiding semakan kehakiman.

Najib sebelum ini gagal mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi selepas mahkamah itu pada 3 Julai tahun lalu, menolak permohonannya sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Najib Razaktitah adendum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd