• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

oleh Mohd Arshad
14/07/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar ini sejak malam semalam hingga awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 11.39 malam mengenai seorang lelaki yang melakukan ugutan jenayah dekat sebuah pasar mini di Taman Mutiara di sini.

Katanya, suspek sama juga bertindak mencederakan dan menyamun seorang lelaki penunggang motosikal dengan bersenjatakan pisau hingga mangsa cedera di tepi jalan berhadapan sebuah stesen minyak di Kelemak kira-kira jam 3.53 pagi.

“Sebelum itu suspek sama bertindak membaling batu ke arah pintu cermin dan menunjukkan pisau kepada petugas kaunter di stesen pam minyak berkenaan jam 3.47 pagi.

“Seterusnya dia melakukan ugutan jenayah dengan bersenjatakan parang serta menyamun sebuah kedai serbaneka di pekan Alor Gajah pada jam 4 pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ashari berkata, bertindak atas maklumat, polis melakukan Op Kesan dan berjaya menahan suspek berusia 40 tahun itu serta merampas senjata yang disyaki digunakan ketika kejadian.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek yang tidak bekerja tinggal bersama keluarganya dan mempunyai rekod mental selain difahamkan sudah seminggu tidak mengambil ubat.

“Semakan rekod mendapati dia terbabit masing-masing enam kes jenayah dan enam kes narkotik sebelum ini selain positif dadah jenis methamphetamine ketika ditahan hasil ujian saringan air kencing.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah esok untuk permohonan reman bagi tujuan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, 392 dan 394 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: Alor GajahLalokRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd