• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

oleh Mohd Arshad
14/07/2025
dalam Politik
0
Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Perkara itu antara dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, berkata isu terbabit disentuh Perdana Menteri yang turut menjelaskan mengenai prosedur pelantikan terbabit.

“Itu semua perkara yang membabitkan kepentingan kepada pemerintah dan memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-Raja serta perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan.

“Contohnya, dalam isu pelantikan hakim, ia perlu melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk bersidang, angkat nama kepada Perdana Menteri, kemudian Perdana Menteri persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Seterusnya Agong akan berbincang pula dengan Majlis Raja-Raja. Jadi banyak berkisar mengenai hal itu, memberi pemahaman kepada kita semua,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Sany berkata, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai isu perhimpunan dan perarakan oleh Majlis Peguam Malaysia dalam pertemuan berkenaan.

“Mengenai himpunan peguam, tiada masalah. Mereka mendapat kebenaran untuk berhimpun.

“Cuma isu ini dijangka akan selesai dalam masa terdekat kerana Majlis Raja-Raja juga akan bersidang esok atau lusa. Jadi katanya, isu ini akan selesai secara baik minggu ini,” katanya.

Selain badan kehakiman, beliau berkata, Ahli Parlimen PH turut diberi penerangan mengenai isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta tarif elektrik.

Terdahulu, Ahli Parlimen PH mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana mulai jam 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun, bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menghadiri pertemuan kerana sedang berada di Singapura.

Difahamkan juga, bekas Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, tidak hadir perjumpaan berkenaan.

Jumaat lalu, Anwar mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Kompleks Seri Perdana bagi menjelaskan beberapa dasar kerajaan serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan wakil rakyat kerajaan perpaduan.

Antara isu disentuh termasuk berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara, pelaksanaan subsidi bersasar RON95 dan isu percukaian yang menjadi perhatian umum.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimIsu Badan Kehakiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd