• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

oleh Mohd Arshad
01/07/2025
dalam Terkini
0
Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA: Fasa tiga pelaksanaan sistem e-Invois membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Shaharrudy Othman, berkata sekitar 55,000 pembayar cukai dijangka melaksanakan e-Invois fasa tiga, dengan beliau optimis kadar penyertaan adalah sama seperti pelaksanaan fasa satu dan dua sebelum ini.

“Lebih 5,400 pembayar cukai telah melaksanakan fasa satu sistem e-Invois bermula 1 Ogos 2024 manakala untuk fasa dua, sekitar 13,000 pembayar cukai melaksanakan e-Invois sejak 1 Januari lalu.

“Jadi kita berharap kadar penyertaan itu sama seperti fasa satu dan dua. Sehingga kini, sebanyak 352 juta e-Invois telah dikemukakan pembayar cukai,” katanya pada sidang media berhubung pelaksanaan e-Invois fasa tiga di sini, hari ini.

Pelaksanaan fasa empat dan lima, masing-masing membabitkan pendapatan melebihi RM1 juta hingga RM5 juta bermula 1 Januari 2026, manakala bagi kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta bermula 1 Julai 2026.

Selain itu, LHDN juga melancarkan Sistem MyInvois e-POS, iaitu platform digital Point-of Sale (POS) secara percuma yang diperluaskan kemudahan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan bawah RM750,000.

Sistem MyInvois e-POS direka khas untuk PMKS bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois dengan mengintegrasikan fungsi utama perniagaan seperti perekodan jualan, pengurusan inventori, pelaporan kewangan dan sokongan e-Invois.

Menurut Shaharrudy, sistem itu juga bertujuan membantu PMKS meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta memudahkan pelaksanaan e-Invois.

“Sehubungan itu, LHDN mempelawa pembayar cukai yang layak dan berminat untuk mendaftar bagi menggunakan Sistem MyInvois e-POS yang kini telah dibuka.

“Kami juga telah menyediakan Sistem dan Portal MyInvois serta Aplikasi MyInvois bagi membolehkan pembayar cukai melaksanakan e-Invois. Platform ini disediakan secara percuma kepada semua pembayar cukai terutama dalam menyokong PMKS dan memastikan ketersediaan pelaksanaan e-Invois,” katanya.

Bernama-

Tags: E-invoisFasa 3LHDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Next Post

Harga Runcit RON97, Diesel Di Semenanjung Malaysia Turun Tiga Sen

Related Posts

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

03/07/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam...

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post
Harga Runcit RON97, Diesel Di Semenanjung Malaysia Turun Tiga Sen

Harga Runcit RON97, Diesel Di Semenanjung Malaysia Turun Tiga Sen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd