• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

oleh Mohd Arshad
02/07/2025
dalam Jenayah
0
Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembersihan bagi menjalankan kerja-kerja berkaitan bernilai kira-kira RM300,000.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan dua lelaki berusia 30-an itu direman lima hari hingga 6 Julai selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-duanya ditahan antara 11 pagi hingga 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Mereka disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 dan 2021.

“Siasatan awal mendapati kedua-duanya bersubahat, dengan suspek utama yang merupakan penjawat awam telah menyalahgunakan kedudukan bagi membolehkan kedua-duanya mendapat keuntungan daripada syarikat yang dilantik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: Penjawat AwamremanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd