• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ucap Terima Kasih, Ulangi Permohonan Maaf Lewat Tunai Janji – PMO

oleh Mohd Arshad
24/07/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Ucap Terima Kasih, Ulangi Permohonan Maaf Lewat Tunai Janji – PMO
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat terhadap kesabaran dan sokongan yang diberikan ketika usaha-usaha memperbaiki negara dilaksanakan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga mengulangi permohonan maaf yang disampaikan Anwar semalam kerana kelewatan menunaikan sebahagian janji sebelum menjadi Perdana Menteri.

“Sejak hari pertama memimpin negara pada penghujung 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti untuk memperbaiki keadaan kewangan negara demi untuk kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya apabila keadaan kewangan negara beransur pulih, baru sedikit demi sedikit bantuan kepada rakyat diberikan untuk meringankan beban dalam ketidaktentuan ekonomi global ini,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan wartawan Bradley Hope dan Tom Wright bahawa Malaysia sebenarnya kerugian AS$18 bilion akibat Skandal 1MDB baru-baru ini, gambaran ‘kerosakan’ yang diwarisi Kerajaan Madani daripada pentadbiran terdahulu.

Tunku Nashrul berkata, walaupun segelintir pihak termasuk ketua pembangkang menghina, mencerca dan mengaibkan Perdana Menteri hampir setiap hari menggunakan media sosial untuk memperlekehkan segala usaha Kerajaan Madani, Anwar sedikit pun tidak berganjak dan berkecil hati.

Beliau berkata, kerajaan terus komited membantu rakyat meskipun pihak tertentu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan segelintir pimpinan pembangkang memperlekeh usaha-usaha yang dilaksanakan.

Ini termasuk penurunan harga RON95 daripada RM2.05 ke RM1.99 seliter dan bantuan RM100 secara sekali beri kepada semua golongan dewasa di Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

“Sekurang-kurangnya penjimatan kos RON95 dapat membantu serba sedikit meringankan beban rakyat dan perlu diingat, inilah buat kali pertama semua rakyat tanpa mengira status sosial menerima sesuatu daripada kerajaan sempena Bulan Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua penghargaan yang diumumkan semalam akan dilaksanakan tahun ini, bermula dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua pada 31 Ogos.

Penghargaan khas itu diumumkan dengan mengambil kira keupayaan fiskal negara serta sebagai tambahan kepada perkara direncanakan dalam Belanjawan 2025 dan pengumuman semalam khusus untuk menangani beban kos sara hidup rakyat dalam masa terdekat.

“Saya ingin mengambil sedikit masa untuk membantu Datuk Seri Sanusi memahami perbezaan antara ‘bantuan’ dan ‘belanjawan’, satu konsep asas pentadbiran yang barangkali sukar difahami beliau sepanjang menjadi Menteri Besar.

“Semua inisiatif yang diumumkan semalam bukanlah sebahagian daripada Belanjawan 2026, Belanjawan 2026 hanya boleh diguna pakai pada 2026 sebab itu namanya Belanjawan 2026,” katanya.

Bantuan dan inisiatif lain untuk tahun depan akan diumumkan semasa Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Tunku Nashrul berkata, Kerajaan Madani akan berkongsikan lebih banyak kemakmuran kepada rakyat Malaysia sekiranya tidak berlaku gangguan atau salah faham yang boleh mengganggu fokus pentadbiran negara.

“Pejabat Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka sekiranya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah memerlukan taklimat ringkas, atau terperinci, supaya tidak lagi ‘senget’, ‘gelong’ dan tersasar dalam membuat ulasan, lebih-lebih lagi bila melibatkan fakta asas pengurusan kewangan negara,” katanya.

Bernama-

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd