• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

oleh Mohd Arshad
08/07/2025
dalam Terkini
0
Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya ketika memegang amanah sebagai Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kenyataan dibuatnya itu lahir dalam suasana penuh emosi sebagai usaha menggambarkan cabaran ujian sebagai pemimpin.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu mengakui, perbandingan berkenaan mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.

“Sebagai seorang muslim dan pemimpin parti yang menjunjung tinggi nilai dan prinsip Islam serta tradisi keilmuan, saya dengan rendah hati memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua atas kekhilafan dalam keterlanjuran lafaz kata-kata ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga menerima setiap teguran dengan hati terbuka.

“Saya percaya, nilai seorang pemimpin bukan hanya terletak pada ketepatan tutur katanya, tetapi juga pada keikhlasannya untuk menginsafi, memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan.

“Mudah-mudahan Allah SWT membimbing setiap langkah dan tutur kita semua agar sentiasa berada dalam adab yang mulia, terpelihara akidah dan berpaut teguh pada kebenaran yang hakiki,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd