• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Penumpang Tercampak Ke Laut Bot Penambang Bertembung Bot Pelancong

oleh Mohd Arshad
10/07/2025
dalam Terkini
0
6 Penumpang Tercampak Ke Laut Bot Penambang Bertembung Bot Pelancong
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Enam penumpang tercampak ke laut selepas bot penambang yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot pelancong di perairan Semporna pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, semua penumpang yang berusia antara 30 hingga 40-an berjaya diselamatkan selepas pemandu bot pelancong bertindak pantas memberikan bantuan menyelamatkan mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintenden Jaafar Hakim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan dua bot tersebut yang turut tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah bot membawa sembilan pelancong, termasuk seorang warga Switzerland, sedang menuju ke Pulau Mabul, manakala bot penambang membawa penumpang dari Pulau Bum-Bum ke Pekan Semporna.

“Perlanggaran berlaku di bahagian kiri hadapan bot pelancong, manakala bot penambang rosak di bahagian depan. Akibat pelanggaran itu, semua penumpang tercampak ke laut,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Tambah beliau, tindakan pantas pemandu bot pelancong berjaya menyelamatkan kesemua penumpang yang tercampak ke laut, sebelum bot berkenaan meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul.

“Dalam kejadian ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengemudi secara gopoh di laut, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: tercampak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Next Post

Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

Related Posts

Anggota Polis Bantuan Maut Tercampak 300 Meter Dalam Semak

Anggota Polis Bantuan Maut Tercampak 300 Meter Dalam Semak

15/11/2024
0

HULU SELANGOR - Perjalanan pulang seorang anggota polis bantuan dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah...

Pelajar UTP Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

Pelajar UTP Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

11/11/2024
0

SERI ISKANDAR: Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang maut dalam nahas di Jalan Teknologi 1, di sini, malam tadi disahkan...

Next Post
Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd