• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Bantuan Maut Tercampak 300 Meter Dalam Semak

oleh Mohd Arshad
15/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anggota Polis Bantuan Maut Tercampak 300 Meter Dalam Semak
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Perjalanan pulang seorang anggota polis bantuan dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta dalam kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam menuju rumahnya di Hulu Selangor.

Beliau berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.02 pagi menerusi kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

“Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan.

“Kenderaan terbabit kemudiannya melanggar motosikal ditunggang mangsa berumur 51 tahun itu mengakibatkan mangsa tercampak di lereng bukit berdekatan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa kemudiannya ditemui di kawasan semak berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi motosikal miliknya.

“Mangsa ditemui kira-kira jam 7.50 pagi, Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SinarHarian-

Tags: Polis Bantuantercampak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

6 Penumpang Tercampak Ke Laut Bot Penambang Bertembung Bot Pelancong

6 Penumpang Tercampak Ke Laut Bot Penambang Bertembung Bot Pelancong

10/07/2025
0

SEMPORNA – Enam penumpang tercampak ke laut selepas bot penambang yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot pelancong di perairan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd