• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pelajar MRSM Melaka Digantung Kerana Buli – Asyraf Wajdi

oleh Mohd Arshad
26/07/2025
dalam Terkini
0
6 Pelajar MRSM Melaka Digantung Kerana Buli – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka digantung dan dicadangkan untuk dibuang sekolah selepas didakwa terlibat dalam kejadian buli.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa beliau menerima banyak makluman daripada pengikut media sosialnya berhubung kes berkenaan sejak awal pagi Sabtu.

Sehubungan itu, beliau segera meminta laporan daripada pihak pengurusan Mara dan memberi peringatan tegas bahawa tiada sebarang rayuan akan diterima.

“Enam pelajar Tingkatan Lima terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tidak perlu merayu. #YouTouchYouGo.

“Saya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan Mara bahawa jangan dilayani sebarang rayuan. Bahkan tidak perlu juga bersusah payah hendak berjumpa saya untuk merayu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tindakan tegas Mara terhadap pelajar yang didakwa melakukan perbuatan buli bukanlah perkara baharu sejak institusi itu berada di bawah penyeliaan Asyraf Wajdi.

Pada April lalu, seramai tujuh pelajar yang terlibat dalam insiden buli di sebuah MRSM di utara tanah air turut disyorkan untuk ditamatkan pengajian di institusi berkenaan.

Keputusan drastik itu dibuat susulan tularnya sebuah video berdurasi satu minit 31 saat di Facebook yang memaparkan beberapa pelajar memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki.

Beliau menegaskan bahawa Mara telah berkali-kali memberi peringatan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk perlakuan buli.

“Yang kita hendak lahirkan ialah generasi pemimpin yang berakhlak dan beradab, bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menegaskan komitmennya untuk menjadikan MRSM dan institusi-institusi pendidikan di bawah Mara sebagai zon bebas buli.

-Sinar Harian

Tags: buligantungMRSM Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd