• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Milik Tun Daim

oleh Mohd Arshad
25/06/2025
dalam Terkini
0
SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Milik Tun Daim
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan permohonan melucut hak Menara Ilham milik Allahyarham Tun Che Abdul Daim Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Tun Daim Zainuddin pada Rabu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan melucut hak ke atas bangunan tersebut yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata, berhubung tindakan lucut hak Menara Ilham dan harta lain milik Allahyarham Tun Daim, SPRM akan memfailkan beberapa dokumen berkaitan.

Kata beliau, pihak siasatan SPRM perlu menyediakan pelbagai fakta untuk difailkan berhubung melucut hak Menara Ilham.

Menurut beliau, beberapa aset lain juga akan dimohon untuk dilucut hak dalam tempoh terdekat.

“Bagi tindakan melucut hak harta tak alih membabitkan Menara Ilham, tindakan sedang dilakukan melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Permohonan pelucuthakkan tanpa pendakwaan Menara Ilham dilakukan di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

“Perkara ini bagaimanapun bukan sesuatu yang mudah memandangkan perlu melalui banyak proses selain dokumen berkaitan Menara Ilham juga adalah tebal,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan harta Allahyarham Tun Daim di luar negara, Azam berkata, pihak berkuasa di United Kingdom (UK) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik bekas Menteri Kewangan tersebut.

Jelasnya, pihak berkuasa UK bersetuju dengan permohonan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini berhubung aset milik Allahyarham Tun Daim di negara itu.

Katanya, permohonan itu telah difailkan oleh SPRM di mahkamah pada 5 Jun lalu membabitkan seluruh harta bekas pemimpin negara itu yang dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Tambahnya, terdapat pindaan terhadap beberapa perkara dan ia telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa UK.

Menurutnya, pihak berkuasa UK meneruskan tindakan pembekuan harta berdasarkan apa yang dipohon oleh SPRM.

“Pada Selasa, pihak berkuasa UK ada memfailkan ‘restraining order’ dan bersetuju dengan permohonan kita (SPRM).

“Pihak defenden ada melakukan pencelahan berhubung kes ini, namun ia dilakukan untuk meminta mahkamah mendengar berhubung kes pengurusan,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: Menara Ilhampelucutan hakSPRMTun Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd