• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tak Dirisik Untuk Jawatan Menteri, Pengosongan Kerusi DUN Sungai Tua Hanya Imaginasi Individu Tertentu’ – MB Selangor

oleh Mohd Arshad
03/06/2025
dalam Politik
0
‘Saya Tak Dirisik Untuk Jawatan Menteri, Pengosongan Kerusi DUN Sungai Tua Hanya Imaginasi Individu Tertentu’ – MB Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan dakwaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua miliknya akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah imaginasi dan cakap kosong individu tertentu.

Amirudin berkata, beliau secara peribadi mahu melengkapkan tugasnya pada penggal ini dengan sempurna dan damai.

“Setakat ini cakap-cakap itu masih lagi cakap kosong dan saya rasa individu terbabit ada imaginasi.

“Dia cuba letakkan imaginasi dia itu kepada awam melalui hantaran dikeluarkan di media sosial dan sebagainya.

“Ia bukan sesuatu yang mudah (untuk mengosongkan DUN Sungai Tua). Ia perlukan penelitian jitu dalam hal berkenaan,” katanya selepas Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Saipolyazan M Yusop.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, fokus penting sekarang adalah untuk meluruskan kepimpinan dan memberi tumpuan kepada beberapa isu mengenai keutuhan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Berhubung kekosongan itu (jawatan menteri), saya rasa itu kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan memutuskannya,” katanya.

Ditanya adakah beliau sudah ‘dirisik’ untuk jawatan menteri Persekutuan jika mengosongkan DUN Sungai Tua, Amirudin segera menafikannya.

“Setakat ini tak ada (risikan) kerana itu hanya cakap-cakap saja,” katanya.

Mengulas keinginan Tengku Zafrul menyertai PKR, Amirudin berkata, parti tidak boleh menafikan kecemerlangan ditunjukkan Tengku Zafrul sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai menteri.

“Kita berbesar hati beliau memilih wadah PKR sebagai wadahnya dan saya pernah sebutkan sebelum ini, adalah lebih baik dia menyertai rakan dalam gabungan.

“Sekurang-kurangnya, dia masih lagi memberikan sokongan dan juga kepakaran berbanding beliau menjadi pembangkang serta menyerang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Tengku Zafrul menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, Tengku Zafrul turut mengesahkan sudah menyatakan hasrat menyertai PKR kepada Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh.

Spekulasi semakin hangat selepas berlaku dua kekosongan menteri Kabinet pada 28 Mei lalu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Amirudin Shari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amirudin Pula Saman Muhammad Sanusi Isu Fitnah

Amirudin Pula Saman Muhammad Sanusi Isu Fitnah

31/08/2023
0

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi...

Amirudin Dijangka Angkat Sumpah Menteri Besar Esok

Amirudin Dijangka Angkat Sumpah Menteri Besar Esok

20/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Hampir pasti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengangkat sumpah sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd