Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Sindiket Proses Arak Tiruan...

KLANG - Polis berjaya mematahkan satu sindiket pemprosesan arak tiruan yang beroperasi di...

Kereta Rempuh Lori, Kanak-Kanak...

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kenderaan SUV yang dipandu bapanya...

KBS, Jakim Perlu Semak...

BARU-baru kecoh seketika dunia sukan apabila pakaian atlet gimrama negara, Farah Ann Abdul...

Nora Danish Kena Kahwin...

PELAKON Nora Danish berkongsi cerita mengenai anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli yang menyatakan...

Amirudin Dijangka Angkat Sumpah Menteri Besar Esok

KUALA LUMPUR: Hampir pasti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pagi esok.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Sumber yang dihubungi memberitahu, penyandang jawatan Menteri Besar itu juga sudah menerima jemputan bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Meteri Besar pada 11 pagi esok di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Katanya, barisan senarai EXCO Kerajaan Negeri juga sudah dimuktamadkan dan dipersembah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenan baginda beberapa hari lalu.

“Sebahagian besar barisan EXCO negeri adalah muka baru dan orang muda,” katanya enggan mengesahkan sama ada, selain Amiruddin, ada EXCO lama yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu minggu lalu turut dinamakan semula membarisi EXCO Negeri.

Sumber itu memberitahu, antara pemimpin muka baru yang dijangka diberi tanggungjawab menjaga portfolio kerajaan negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Selain itu, dalam kalangan DAP Selangor, ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin juga antara yang turut tersenarai, sekali gus menjadikan beliau calon Melayu tunggal dari DAP yang diberi amanah berkenaan.


“Selain Jamaliah, ADUN Banting, Papparaidu Veraman juga turut diberitahu tersenarai bagi mewakili DAP,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga tersenarai, sekali gus mengenepikan seorang lagi ADUN UMNO yang turut menang PRN lalu iaitu ADUN Dusun Tua yang juga Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Johan Aziz.

Kenyataan Selangor Royal Office semalam memaklumkan, Sultan Selangor sudah memberi perkenan bagi Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor, esok.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Selangor juga akan berlangsung pada hari sama, jam 2 petang.

Kelmarin, Amiruddin yang juga Menteri Besar Sementara, mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan senarai berkenaan kepada Istana Selangor, dengan pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori