• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

oleh Mohd Arshad
08/06/2025
dalam Terkini
0
Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi memastikan ibadah tawaf dapat dilakukan dengan lancar dan selamat pada musim haji tahun ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Antara garis panduan yang dikeluarkan termasuk mengelakkan dehidrasi, berehat apabila penat untuk menghindari kelesuan haba, menjauhi kawasan sesak demi keselamatan diri dan orang ramai, menggunakan payung bagi melindungi daripada strok haba, serta memakai pelitup muka di kawasan yang padat bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Nasihat itu dikeluarkan susulan ketibaan jutaan jemaah di Makkah untuk melakukan ibadah haji, yang lazimnya berlangsung dalam musim panas.

Dalam perkembangan berkaitan, Presidensi memasang 12 skrin tiga dimensi (3D) beresolusi tinggi dan tahan cuaca untuk meningkatkan perkhidmatan kesedaran dan panduan kepada jemaah sepanjang tempoh Haji.

Skrin-skrin itu dipasang secara strategik di pintu masuk, pintu keluar, kawasan dan jalan sekitar Masjidilharam.

Ia beroperasi 24 jam sehari, memaparkan maklumat penting dan mesej kerohanian.

Satu pasukan teknikal ditugaskan menguruskan kandungan skrin secara jarak jauh dari bilik kawalan pusat bagi memastikan ketepatan dan kualiti maklumat yang disampaikan.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen Presidensi untuk memanfaatkan teknologi canggih bagi menyokong para jemaah menunaikan ibadah, sejajar dengan arahan kepimpinan Kerajaan Arab Saudi.

-Bernama

Tags: HajiSkrin 3D
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd