• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

oleh Mohd Arshad
21/06/2025
dalam Terkini
0
Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di beberapa kawasan di sini, Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata kejadian berkenaan termasuk yang berlaku Oktober tahun lalu menimbulkan kacau ganggu terhadap ketenteraman serta rutin harian penduduk.

“Jadi sudah sampai masanya jabatan serta agensi berkaitan menyediakan laporan dan kajian penuh punca berlakunya bunyi letupan itu,” katanya pada sidang media selepas menutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar tidak menyebarkan perkara yang tidak benar berhubung insiden berkenaan.

“Orang ramai juga tidak perlu resah atau bimbang kerana setakat ini keadaan terkawal, malah tiada insiden buruk dilaporkan,” katanya.

Pada 18 Jun lalu, orang ramai mendakwa mendengar bunyi letupan dan gegaran sekitar Chemor dan Chepor, di sini pada 10.30 pagi, namun sehingga kini puncanya masih belum diketahui.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin dalam sidang media keesokannya memaklumkan polis akan mengadakan perbincangan dengan jabatan serta agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi mengetahui punca bunyi letupan dan gegaran itu.

Pada 21 Oktober tahun lalu, satu gegaran kuat turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput pada 11.06 pagi, disusuli bunyi dentuman kuat dengan siasatan tidak dapat mengesahkan punca kejadian.

Bernama-

Tags: gegaranIpohkerajaan peraksiasatan menyeluruh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd