• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBAKL 2025 Catat Sejarah Baharu, Lebih 2 Juta Pengunjung Hadir

oleh Mohd Arshad
01/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PBAKL 2025 Catat Sejarah Baharu, Lebih 2 Juta Pengunjung Hadir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini, mencatat sejarah baharu apabila menerima lebih dua juta pengunjung sejak diadakan pada 23 Mei lalu.

Angka itu menjadikan jumlah kehadiran tertinggi pernah direkodkan sejak penganjurannya pada 1981.

Pengerusi Pengelola PBAKL 2025, Mohd Khair Ngadiron, berkata lonjakan jumlah pengunjung amat memberangsangkan terutama dalam tempoh beberapa hari terakhir.

“Pada hari ini iaitu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan penutupannya, jumlah kehadiran juga berlipat kali ganda berbanding hari-hari sebelumnya setakat jam 12 tengah hari tadi mencatatkan lebih dua juta pengunjung.

“Rata-rata pempamer yang ditemui turut menyatakan hari ini adalah antara hari jualan tertinggi yang pernah mereka rekodkan,” katanya kepada BH ketika ditemui di lokasi pameran di WTCKL di sini.

Tinjauan BH mendapati, orang ramai berpusu-pusu masuk ke PBAKL dan mengunjungi pelbagai reruai serta pavilion yang menawarkan diskaun harga, hadiah dan cenderamata menarik, selain acara sampingan.

Kehadiran pengunjung ke pesta buku merentasi segmen keluarga, rombongan sekolah, remaja dan belia serta pembaca umum.

Mohd Khair berkata, berdasarkan jumlah kehadiran dan kepelbagaian segmen itu, jumlah pengunjung bukan sahaja meningkat, bahkan ia menunjukkan kuasa jual beli turut naik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman baucar buku untuk seluruh warga guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penerusan pemberian baucar buku untuk pelajar di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

BHonline-

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong mendakwa usaha untuk mewujudkan kembali Muafakat Nasional sedang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd