• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Haramkan Penggunaan Vape

oleh Mohd Arshad
11/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pahang Haramkan Penggunaan Vape
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata, fatwa pengharaman penggunaan vape itu adalah daripada Pejabat Mufti Pahang.

“Fatwa itu dimaklumkan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang pada 3 Mac lalu melalui satu kertas yang dihantar oleh Pejabat Menteri Besar mengenai penggunaan vape dalam kalangan masyarakat masa kini.

“Kerajaan negeri mengambil maklum dan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 14 Mei lalu dan mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Titah tuanku baginda yang bimbang terhadap perkara ini (penggunaan vape),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam Pahang Bilangan 1 2025 di Bilik Gerakan Sri Pahang, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim meminta kerjasama semua pihak kuasa tempatan (PBT) di negeri itu untuk menguatkuasakan secara lebih berhemah dari semasa ke semasa bagi mendidik masyarakat supaya tidak lagi terbabit dalam penggunaan vape.

“Kita harap masyarakat tidak mengambil vape dan kedai-kedai tidak perlu menjual peralatan ini. Kita faham peniaga ada kekangan kerana sudah membelinya.

“Jadi bolehlah beransur-ansur tidak mengambil bekalan vape itu dan mereka yang menggunakannya (vape) juga boleh berhenti, berikhtiar, berazam dan meminta kepada Allah SWT diberikan kekuatan,” katanya.

Pada 18 November lalu, Al-Sultan Abdullah menyarankan penggunaan vape diharamkan secara menyeluruh.

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

BHonline-

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob Tamat, Tidak Lagi Boleh Dikaitkan Dengan UIAM

Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob Tamat, Tidak Lagi Boleh Dikaitkan Dengan UIAM

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan bahawa perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd