• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Pelajar UPSI: Syarikat Bas Gagal 7 Kriteria Wajib Audit Keselamatan

oleh AK-47
12/06/2025
dalam Terkini
0
Nahas Pelajar UPSI: Syarikat Bas Gagal 7 Kriteria Wajib Audit Keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK: Syarikat bas sewa khas terbabit nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu, didapati gagal mematuhi kesemua tujuh kriteria wajib audit keselamatan di bawah Laporan Audit dan Pemeriksaan Keselamatan (JISA).

Tujuh kriteria wajib ialah pelantikan pegawai keselamatan; pemantauan kelajuan melalui GPS; pematuhan had pemanduan maksimum selama lapan jam; rehat wajib selama 30 minit bagi setiap empat jam pemanduan; pemasangan GPS pada semua kenderaan; Pelan Tindak Balas Kecemasan dan talian aduan pelanggan syarikat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan bahawa audit menyeluruh JISA yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati pengendali terbabit telah mengabaikan protokol keselamatan yang kritikal.

“Syarikat itu gagal dalam semua tujuh kriteria wajib audit. Ini termasuk keperluan melantik pegawai keselamatan, pemantauan GPS, pematuhan had pemanduan selama lapan jam, rehat wajib selepas empat jam, pemasangan GPS dalam semua kenderaan, pelan kecemasan dan talian aduan pelanggan.

“Ini adalah keperluan asas dan wajib dalam audit JISA dan syarikat itu gagal mematuhinya,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kemalangan dan memeriksa bas serta Perodua Alza terbabit dalam nahas itu di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini hari ini.

Audit JISA dijalankan secara berkala oleh JPJ terhadap pengendali pengangkutan, namun menurut Loke, ia dilaksanakan secara rawak dan bukan secara menyeluruh terhadap semua syarikat.

Beliau menjelaskan, mengikut prosedur operasi standard (SOP), setiap kali berlaku kemalangan, sama ada membabitkan kematian atau tidak, audit akan dilaksanakan.

“Jika didapati tidak patuh semasa audit, kita akan gantung operasi syarikat terbabit,” ujarnya turut memaklumkan beliau mengarahkan JPJ melaksanakan audit besar-besaran JISA terhadap semua pengendali pengangkutan awam, termasuk bas, lori dan lain-lain.

“Saya ingin ingatkan semua pengendali bahawa mereka bertanggungjawab. Jangan tunggu JPJ buat audit, mereka sendiri perlu pastikan pematuhan terhadap syarat permit kenderaan yang telah ditetapkan.

“Ini bukan syarat baharu, mereka tahu peraturannya, tapi tahap pematuhan sangat lemah. Jadi ini amaran kepada semua pengendali pengangkutan, lebih baik anda perbaiki sekarang dan buat audit dalaman sebelum JPJ bertindak.

“Sebab JPJ akan jalankan operasi audit besar-besaran. Biar saya tegaskan, ini bukan sekadar reaksi terhadap kemalangan ini,” katanya sambil menambah bahawa audit JISA telah pun dilaksanakan secara berterusan sebelum ini.

Ditanya bila audit besar-besaran itu akan bermula, Loke menjelaskan, ia sudah pun dijalankan.

“Ia memang sedang dijalankan. Sebelum ini kita fokus pada syarikat berisiko tinggi atau yang terbabit sebarang kemalangan, bukan hanya yang melibatkan kematian. Walaupun hanya kemalangan kecil atau laporan polis dibuat, kita tetap akan audit syarikat terbabit.

“Jadi, audit memang sentiasa dijalankan. Saya tak mahu ada yang kata audit tak pernah dibuat, itu tak benar. Audit sentiasa ada, cuma sekarang kita akan tingkatkan dan perluaskan,” katanya.

Isnin lalu, bas sewa khas membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus utama universiti itu di Tanjong Malim terbalik menyebabkan 13 penuntut maut di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di hospital.

-Berita Harian

Tags: audit keselamatannahas pelajar UPSIUPSI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Next Post

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Nahas Di Gerik: 5 Jenazah Pelajar UPSI Selamat Dikebumikan

Nahas Di Gerik: 5 Jenazah Pelajar UPSI Selamat Dikebumikan

10/06/2025
0

Jertih: Tiga lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik,...

Next Post
Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd